KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa jemu dengan masalah jerebut yang berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan.
Katanya, perkara tersebut, meskipun disuarakan berkali-kali oleh rakyat, tetap menjadi masalah yang berulang kali berlaku.
“Entahlah dah bertahun – tahun jerebu. Berhenti sahaja beli (produk sawit). Tak ada pun tindakan mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tengoklah selepas demonstrasi ini jadi apa. Tahun depan jerebu balik,” katanya di Thread.
Sakinah menujukan perkara itu kepada kerajaan Indonesia yang dianggap tidak melaksanakan undang-undang tetap terhadap masalah tersebut. – UTUSAN











