Kenaikan harga baja ancam bekalan makanan Afrika

Kenaikan harga baja ancam bekalan makanan Afrika

NEGARA Afrika berdepan tekanan akibat kenaikan harga baja yang boleh meningkatkan kos sumber makanan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Negara-negara Afrika berdepan tekanan ekonomi susulan konflik berterusan di Asia Barat apabila kenaikan harga bahan api dan baja dijangka me­ningkatkan kos makanan.

Menteri-menteri perdaga­ngan rantau itu dan pegawai kanan perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis ber­kenaan boleh menjejaskan bekalan makanan, khususnya jika harga baja terus meningkat.

Pengarah Bahagian Perdaga­ngan Antarabangsa dan Ko­moditi di Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Luz Maria de la Mora berkata, krisis di Selat Hormuz susulan perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran perlu diselesaikan secepat mungkin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kenaikan mendadak harga baja menyebabkan banyak negara mengurangkan penggunaannya, sekali gus berpotensi menjejaskan hasil tanaman tahun depan.

“Harga baja meningkat de­ngan ketara menyebabkan ba­nyak negara memutuskan untuk mengurangkan penggunaannya, sekali gus memberi kesan terhadap hasil tanaman tahun depan,” katanya kepada Al Jazeera ketika Forum Pelaburan Dunia kelmarin.

Doha menjadi tuan rumah Forum Pelaburan Dunia anjuran UNCTAD pada 25 dan 26 Oktober, yang menghimpunkan ketua negara, penggubal dasar, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pelabur bagi membincangkan pelaburan global serta pembangunan mampan.

Perang AS dan Israel terhadap Iran menyerlahkan kebergantungan tinggi dunia terhadap Selat Hormuz, yang sebelum ini menjadi laluan bagi satu perlima daripada perdagangan minyak dan gas asli cecair (LNG) global.

Gangguan di Selat Hormuz turut memberi kesan kepada ekonomi negara-negara Afrika.

Menteri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Komuniti dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Zimbabwe, Monica Mutsvangwa berkata, kenaikan harga bahan api serta baja menjadi kebimbangan utama negara itu, yang menyaksikan lebih 70 peratus penduduknya bergantung kepada sektor pertanian.

Menteri Perdagangan, Industri dan Koperasi Uganda, Sanjay Tanna, pula berkata negaranya turut terjejas apabila harga bahan api meningkat lebih dua kali ganda. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini