Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas - Utusan Malaysia

Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat hilang kawalan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pemandu kereta bersama dua penumpang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala, muka dan kaki kanan.

Katanya, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.20 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta itu hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua motosikal yang sedang menghala ke Gelang Patah.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua penunggang motosikal lelaki warga tempatan yang berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Tambah Radin Ramlan, kedua-dua penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini