Jangan kongsi gambar saya tak berhijab-Fieya Julia - Utusan Malaysia

Jangan kongsi gambar saya tak berhijab-Fieya Julia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Fieya Julia berharap sahabat yang mengenalinya berhenti memaparkan gambarnya yang tidak menutup aurat.

Fieya memaklumkan larangan itu termasuk gambar-gambar lamanya yang belum mengenakan hijab.

“Saya minta sangat jasa baik kawan-kawan janganlah kongsi atau upload lagi gambar lama masa saya tidak berhijab,” pintanya di Thread.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fieya dalam masa yang sama menafikan beliau manusia sempurna dan mengakui masih memperbetulkan diri ke arah kebaikan.

“Saya bukan insan yang sempurna, malah banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya. Mana yang saya mampu, saya buat,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini