KOTA TINGGI: Seorang peneroka ditemukan maut dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam satu kejadian di Felda Lok Heng Selatan, di sini malam ini.
Seorang penduduk yang mendakwa menyaksikan perkara itu memberitahu, insiden itu dipercayai berlaku pada pukul 7.30 malam.
“Suspek dipercayai mengamuk sambil membawa sebilah kapak. Orang ramai tidak berani datang dekat kerana suspek memegang senjata.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Suspek turut dilihat menaiki motosikal selepas menyerang peneroka tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman mengesahkan kejadian tersebut, bagaimanapun kenyataan rasmi hanya akan diberi selepas siasatan selesai.-UTUSAN











