224 penduduk dipindahkan akibat banjir di Kedah

224 penduduk dipindahkan akibat banjir di Kedah

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang meninjau keadaan banjir di Kampung Tanjung Setol di Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 224 penduduk di tiga daerah terpaksa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setelah kediaman mereka terjejas banjir sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, kesemua mangsa daripada 74 keluarga itu merupakan penduduk di Yan, Kuala Muda dan Pendang.

Yan merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 168 penduduk daripada 59 keluarga kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi; Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Eng dan Dewan Lestari Guar Chempedak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, seramai 40 mangsa daripada sembilan keluarga berlindung di PPS Surau As Saadiah di Kuala Muda, diikuti 16 mangsa daripada enam keluarga di PPS Dewan KEDA Tanjung Setol di Pendang.

Sebanyak tujuh kampung terjejas dalam bencana itu antaranya Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras di Yan, Kampung Kepala Bukit; Kampung Guar Nenas; Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok di Kuala Muda serta Kampung Tanjung Setol di Pendang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini