Dua kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Tokong - Utusan Malaysia

Dua kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Tokong

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang lewat petang hari ini menyebabkan dua buah kereta tertimbus.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua buah kenderaan tertimbus dalam satu lagi kejadian tanah runtuh hari ini iaitu berhampiran sebuah kondominium di Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Bungah di sini, kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kejadian yang melibatkan kereta jenis BMW dan Honda City itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Katanya, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut dan telah mengerahkan sepasukan anggota bomba yang bertugas untuk ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan secara kebetulan diletakkan berhampiran dengan lokasi kejadian tanah runtuh di situ. Tiada mangsa terlibat setakat ini,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah membuat pemantauan secara bervisual mengenai pergerakan tanah bersama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selain memasang untuk tujuan keselamatan di sekitar lokasi tanah runtuh itu.

Beliau berkata, operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.01 malam selepas kerja-kerja pemasangan tersebut selesai.

Terdahulu, seorang warga emas berusia 73 tahun yang juga bekas doktor, Wong Kar Lin maut selepas gagal menyelamatkan diri daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Paya Terubong, Air Itam awal pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini