Serangan rumah ibadat di Jordan pencabulan kesucian lokasi keagamaan

Serangan rumah ibadat di Jordan pencabulan kesucian lokasi keagamaan

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serangan ke atas sebuah rumah ibadat iaitu Gereja Ortodoks Yunani St. George di Jordan merupakan pencabulan besar terhadap kesucian tapak keagamaan dan tindakan ekstremisme yang tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat.

Wisma Putra berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang disengajakan tersebut.

Katanya, Malaysia menegaskan komitmen teguhnya bersama-sama Jordan untuk menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi tanpa mengira motif atau justifikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia turut mengulangi komitmennya bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang erat dan lama terjalin antara kedua-dua negara termasuk dalam mempertahankan nilai bersama keharmonian agama dan kewujudan bersama secara aman,” katanya dalam kenyataan.

Wisma Putra turut menyatakan solidariti Malaysia bersama Jordan pada masa sukar ini.

Anadolu Ajansi memetik agensi berita negara (Petra) pada Sabtu melaporkan angka kematian akibat serangan pada Jumaat ke atas mereka yang menghadiri upacara pengebumian di gereja berkenaan telah meningkat kepada sembilan.

Susulan insiden itu, Perdana Menteri Jordan, Jafar Hassan mengarahkan tiga hari berkabung di seluruh negara bermula 23 Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini