32 warga asing ditahan terlibat sindiket pelaburan

32 warga asing ditahan terlibat sindiket pelaburan

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 32 warga asing ditahan selepas pihak berkuasa membongkar kegiatan sindiket pelaburan yang beroperasi di sebuah rumah inap desa di Klebang Kechil, Melaka sejak tiga bulan lalu.

Mereka terdiri daripada 31 warga China dan seorang wanita Taiwan berusia 20 hingga 51 tahun.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 22 dan 32 tahun,  yang berperanan sebagai penjaga premis dan penghantar makanan dengan upah sebanyak RM3,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi kira-kira pukul 10.35 pagi Khamis lalu, digerakkan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta JIM Negeri Melaka.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan bermula pukul 10.35 pagi Khamis lalu dengan modes operasi menjadikan inap desa sebagai pusat operasi bagi mengaburi pihak berkuasa.

Menurutnya, sindiket yang dikendali oleh warga China dan Taiwan itu, menggunakan platform media sosial serta aplikasi komunikasi untuk memperdaya warga Korea di negara asal mereka melalui tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

“Hasil pemeriksaan mendapati operator sindiket dibahagikan kepada tiga skop tugas iaitu mengendalikan khidmat pelanggan, menguruskan maklumat berkaitan pelaburan serta menyimpan data pelanggan. 

“Hasil soal siasat mendapati operator tersebut tidak dibenarkan keluar dari premis sepanjang tempoh bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, dalam serbuan tersebut, pelbagai barang termasuk tiga naskhah pasport China, 309 unit telefon bimbit, 45 unit set komputer, lima unit router serta 21 buku nota arahan penipuan kepada mangsa dirampas.

“Anggaran nilai rampasan sebanyak RM318,600. Kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta sama,” jelasnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini