Terma rujukan pasukan khas siasat mafia korporat dibentang minggu depan

Terma rujukan pasukan khas siasat mafia korporat dibentang minggu depan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerangka terma rujukan bagi pasukan khas yang akan menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bahawa hasil siasatan berhubung dakwaan berkenaan akan didedahkan dalam tempoh tiga bulan selepas siasatan selesai.

“Perkara itu selaras dengan kenyataan Anwar ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) di Parlimen pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Peguam Negara telah ditubuhkan bagi menyelaraskan siasatan berhubung perkara tersebut.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sudah membekukan wang RM4.3 bilion dan 2.1 juta unit saham susulan siri siasatan jenayah ‘mafia korporat’, antara akhir 2022 hingga September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini