Peluang Ziyad tambah emas kontinjen negara

Peluang Ziyad tambah emas kontinjen negara

Muhammad Ziyad Zolkefli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

[PETALING JAYA: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, bertekad meneruskan dominasi di pentas Asia dengan memburu pingat emas keempat berturut-turut pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya.

Namun, misi tersebut dijangka tidak mudah apabila wakil Arab Saudi, Ali Bader menjadi pencabar utama selepas mencatatkan jarak terbaik musim ini sejauh 16.04 meter (m), mengatasi catatan terbaik Ziyad iaitu 15.69m.

Ziyad bagaimanapun kekal antara pilihan utama untuk menaiki podium tertinggi berdasarkan rekod cemerlangnya apabila memenangi emas dalam tiga edisi terdahulu, bermula di Incheon pada 2014, diikuti Jakarta-Palembang 2018 dan Hangzhou 2022.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ziyad berkata, persiapan mental dan fizikalnya berada pada tahap terbaik menjelang pertandingan, selain memberikan tumpuan penuh untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sejak penampilan sulung pada 2014.

“Dari segi mental dan fizikal, saya berada dalam keadaan terbaik. Saya memang fokus untuk menghadapi Sukan Para Asia ini dan 100 peratus yakin untuk mendapatkan pingat emas.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saingan sengit saya jangkakan datang daripada Arab Saudi, Iran, Thailand dan rakan sepasukan dari Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini