MotoGP, F1 kekal di Qatar

MotoGP, F1 kekal di Qatar

Perlumbaan MotoGP Qatar yang ditangguhkan daripada April susulan konflik di Iran dijadual berlangsung pada 6 hingga 8 November ini, manakala GP Qatar F1 pula akan berlangsung pada 27 hingga 29 November sebagai pusingan kedua terakhir musim ini sebelum saingan berakhir di Abu Dhabi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Persiapan perlumbaan Formula Satu (F1) dan MotoGP di Qatar dilaporkan hampir selesai meskipun konflik yang semakin memuncak di Asia Barat terus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan penganjuran kedua-dua acara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Lusail, Abdulaziz Ali Al-Muhannadi, menegaskan persiapan bagi kedua-dua perlumbaan kini memasuki fasa akhir, sekali gus memberi isyarat bahawa penganjur masih meneruskan perancangan mengikut jadual ditetapkan.

MotoGP Qatar dijadual berlangsung pada 6 hingga 8 November ini selepas ditangguhkan daripada tarikh asal pada April susulan konflik di Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Grand Prix (GP) Qatar F1 akan berlangsung pada 27 hingga 29 November sebagai pusingan kedua terakhir musim ini sebelum saingan beralih ke Abu Dhabi.

“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan peminat dari seluruh dunia ke Litar Antarabangsa Lusail pada November bagi menyaksikan dua acara yang paling dinanti-nantikan dalam kalendar sukan permotoran antarabangsa, dengan jarak hanya tiga minggu antara kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Al-Muhannadi, penganjur kini memberi tumpuan kepada persiapan akhir bagi memastikan setiap aspek venue memenuhi keperluan perlumbaan dan memberikan pengalaman terbaik kepada penonton.

Bagaimanapun, perkembangan keselamatan di rantau itu terus menjadi perhatian apabila konflik Iran semakin meruncing sejak beberapa minggu kebelakangan ini, manakala beberapa kerajaan turut mengemas kini nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini