Lewatkan tayangan di Netflix jika filem dapat kutipan baik - Bobby Husaini - Utusan Malaysia

Lewatkan tayangan di Netflix jika filem dapat kutipan baik – Bobby Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAIK sahaja filem Khadam memasuki Netflix, tepat sehari selepas ‘Top 5’ Festival Filem Malaysia ke-35 diumumkan, ia menjadi naskhah yang menduduki kelompok tiga terbanyak paling mendapat tontonan. 

Malah di media sosial, semakin ramai berhujah serta memuji betapa baguskan kualiti filem arahan pengarah, Shamyl Othman itu. Bagaimanapun, ketika Khadam ditayangkan dipanggung pada Jun lalu, filem tersebut hanya mengutip RM5 juta sahaja, gagal mengikuti jejak Polong membolosi box office RM10 juta, filem genre seram juga yang ditayangkan selang beberapa minggu sahaja.

Hasil pemerhatian Utusan Malaysia, filem tempatan mempunyai corak yang boleh dibaca iaitu pasti akan memasuki platform penstriman Netflix dalam tempoh empat bulan selepas tayangan pertamanya di panggung. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika kita sibuk membincangkan filem-filem tempatan terpaksa menjual hak tayangan di Netflix kerana tidak mendapat sambutan di panggung. Wajar kita untuk kita berfikir, adakah ‘trend’ empat bulan ini secara tidak sengaja membentuk sikap penonton untuk tidak ke panggung sebaliknya menunggu tayangan alternatif di platform penstriman?. 

Isunya bukan boleh atau tidak ditayangkan di Netflix, sebaliknya menilai semula tempoh empat bulan trend yang mungkin boleh mengubah sikap penonton terhadap apresiasi filem di panggung. 

Menurut pengarah filem box office, Libang Libu, Bobby Husaini, dia berpendapat langkah tayangan filem tempatan ke panggung boleh dipecahkan menerusi dua keadaan, bergantung kepada jumlah kutipan filem sepanjang tayangan.

“Kita tidak boleh pukul rata sebab ada penerbit yang sudah berbelanja berjuta ringgit tapi kutipan panggung tidak memberangsangkan. Jadi tidak adil jika kita mahu mereka tunggu kerana Netflix adalah alternatif tambahan yang sangat baik kepada penerbit. 

“Bayangkan kita tidak dapat pulangan, jadi cara terbaik adalah Netflix. Kita tidak boleh nak halang mereka. Saya fikir, jika sesuatu filem itu tidak mendapat sambutan yang baik di panggung, tiada masalah untuk ditayangkan cepat di Netflix.

“Namun, jika filem tersebut mempunyai kutipan yang hebat di panggung, lebih baik jika kita lewatkan sedikit tayangannya di Netflix,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Melihat kepada sambutan Libang Libu yang berjaya mengutip RM14.1 juta serta sambutan di Netflix yang baik ketika tayangan, Bobby tidak menafikan bahawa pihaknya sedang merangka sambungan untuk filem berkenaan. 

“Semasa awal-awal menghasilkan Libang Libu, kami tidak terfikir untuk sasarkan perancangan selepas keluar panggung, akan ke Netflix. Kami terbuka dengan semuanya sebab ini filem pertama, jadi pengalaman semua pun pertama kali.

“Melihat respons baik di panggung dan juga tayangan di Netflix, kami dalam perancangan untuk membuat sambungan masih fikir sama ada sequel atau prequel,” katanya.

Libang Libu turut melayakkan Bobby membolosi pencalonan kategori Pengarah Harapan untuk FFM35 bersaing dengan Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike), Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Denu), Tham Wai Fook (Circus of Life) dan Allahyarham Norhanisham (Malam Terlarang). 

“Saya serahkan kepada juri, bagi saya calon-calon di FFM nama hebat. Saya tidak menjangkakan apa-apa. Jika ada ketentuan, saya terima.

“Tercalon di FFM pun sudah memberi semangat untuk terus buat sesuatu lebih baik lagi. Saya terima sahaja menang atau sebaliknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini