Empat cedera, BMW bertembung lori tangki atas Jambatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Empat cedera, BMW bertembung lori tangki atas Jambatan Pulau Pinang

BEBERAPA anggota bomba memeriksa keadaan sebuah kereta BMW yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak di atas Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Empat individu dilaporkan cedera apabila kereta jenis BMW yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak di atas Jambatan Pulau Pinang, kira-kira pukul 12.13 tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, pemandu lori tangki terbabit yang berusia 53 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja tiba, didapati kesemua empat mangsa yang cedera bagaimanapun telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO).

“Komander operasi seterusnya mengarahkan PKO yang lengkap dengan PPE (peralatan perlindungan diri) menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.11 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku selepas hujan lebat dengan keadaan permukaan jalan yang agak licin dan berbahaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini