Rusuhan makin ganas, Itali umum hukuman lebih berat

Rusuhan makin ganas, Itali umum hukuman lebih berat

PENUNJUK perasaan menyalakan suar ketika menyertai demonstrasi antikerajaan di Piazza Duomo di Milan, Itali. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Kerajaan Itali memutuskan untuk mengerahkan 500 anggota tentera ke Milan serta berjanji akan bertindak tegas selepas perhimpunan membantah peningkatan kos sara hidup bertukar menjadi rusuhan ganas, pertempuran dengan polis serta insiden rompakan dan vandalisme.

Langkah keselamatan itu diambil ketika perhimpunan susulan dijangka terus diadakan hingga Sabtu ini.

Pentadbiran Perdana Menteri berhaluan kanan, Giorgia Meloni turut mengumumkan garis panduan keselamatan baharu yang lebih ketat serta hukuman lebih berat terhadap perusuh. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesyuarat Kabinet pada Selasa meluluskan beberapa langkah keselamatan, termasuk memudahkan penahanan individu bawah umur serta memperkenalkan kesalahan baharu iaitu penyertaan ganas dalam demonstrasi.

Kerajaan turut bersetuju mengenakan denda terhadap ibu bapa bagi kerosakan yang dilakukan oleh anak mereka semasa demonstrasi.

Bagaimanapun, Kabinet tidak meluluskan cadangan memberi anggota tentera kuasa menjalankan tugas kepolisan seperti yang dijangka, susulan bantahan Presiden, Sergio Mattarella, lapor media Itali.

Beberapa jenama mewah terus menutup butik mereka di pusat bandar Milan, hab fesyen Itali, susulan kejadian rompakan dan rusuhan pada hujung minggu lalu melibatkan kumpulan penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.

Meloni berkata, hampir 200 anggota polis cedera manakala 330 individu ditahan, dengan separuh daripada mereka berasal dari luar negara, sama ada dilahirkan di negara lain atau dilahirkan di Itali kepada ibu bapa yang lahir di luar negara.

Di Milan, utara Itali, pihak polis menahan 271 individu tempatan selepas kumpulan pemuda bertopeng bertindak membakar tong sampah, merosakkan kedai serta memecahkan cermin bangunan di sekitar kawasan katedral bandar raya berkenaan semasa krisis rusuhan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi membubarkan kumpulan ganas yang menyusup ke dalam perhimpunan awam yang pada mulanya berlangsung secara aman.-AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini