Setahun menunggu, satu peluang terakhir: tiket MCR dilepaskan dalam kuantiti terhad - Utusan Malaysia

Setahun menunggu, satu peluang terakhir: tiket MCR dilepaskan dalam kuantiti terhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminat yang tidak sempat membuat pembelian tiket untuk menyaksikan band terkenal, My Chemical Romance membuat persembahan di Kuala Lumpur anjuran Hello Universe  kini menarik nafas lega apabila satu ruang baharu telah dibuka di Stadium TM Nasional, Bukit Jalil.

Ruang tersebut, merangkumi pembukaan zon baharu bagi memberi peluang lebih ramai penonton meraikan muzik MCR pada November ini.

“Peluang untuk menyaksikan my Chemical Romance beraksi di Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Zon F, di tier 3 berharga RM185 kini dibuka bagi membolehkan lebih ramai peminat membuat pembelian tiket, sekaligus menikmati persembahan bertenaga MCR pada 19 dan 20 November ini.

“Bagi mereka yang sebelum ini tidak berkesempatan membuat pembelian tiket, inilah masanya untuk menempah kedudukan anda dan nikmati pengalaman muzik tanpa batasan,” katanya di Instagram.

MCR bakal menggegarkan Stadium TM Nasional, pada 19 dan 20 November ini.

Tempahan boleh dibuat bermula 11 pagi, 22 Oktober ini di www.golive-asia.com.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini