Masalah kontraktor antara punca kelewatan Lebuhraya Pan Borneo

Masalah kontraktor antara punca kelewatan Lebuhraya Pan Borneo

LEBUHRAYA Pan Borneo Sabah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penamatan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) pada 2019 dan masalah kontraktor antara punca Lebuhraya Pan Borneo (LPB) gagal dibina mengikut jadual asal pelaksanaan projek.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kelewatan juga berpunca akibat keadaan cuaca, cabaran pengambilan balik tanah, isu pengalihan utiliti, pandemik Covid-19, tadbir urus projek dan tahap prestasi kontraktor di tapak.

“Justeru, pihak kementerian telah mengambil langkah mitigasi bagi memastikan projek mega merangkumi jarak keseluruhan 706 kilometer (km) yang dipecahkan kepada 35 pakej kerja itu dapat disiapkan mengikut jadual. Strategi pelaksanaannya pula dibahagi kepada dua komponen iaitu Fasa 1A merangkumi 16 pakej kerja, manakala Fasa 1B membabitkan 19 pakej kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat pakej kerja sudah siap sepenuhnya, manakala baki 31 lagi akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka disiapkan pada 2030, berdasarkan pakej terakhir WP35 yang ditandatangani tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu) mengenai status pelaksanaan terkini pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Ahmad Maslan berkata, sehingga kini, kemajuan fizikal bagi Fasa 1A ialah 89.01 peratus, manakala Fasa 1B yang baru bermula pula 23.96 peratus, selain sembilan lagi pakej kerja bagi Pakej 1A dijangka siap sepenuhnya antara hujung tahun ini hingga awal 2027.

Menurutnya, projek pembinaan lebuh raya itu merangkumi pelbagai proses termasuk skop pengambilan balik tanah dan pengalihan utiliti dengan prosesnya membabitkan tindakan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini