Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia - Utusan Malaysia

Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan daripada 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini hari ini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Sepanyol Sergio Farre Salva; Pesuruhjaya Tinggi Namibia, Christine Hoebes; Duta Besar Belgium, Peter Huyghebaert dan Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Maud Vuyelwa Dlomo.

Turut menyerahkan watikah pelantikan ialah Duta Besar Azerbaijan, Khazar Farhadov; Duta Besar Iraq, Adnan Mhalhal Azara Al Maajoon; Pesuruhjaya Tinggi India, Somnath Ghosh; Duta Besar Belanda, Michel Leon Hans Deelen dan Duta Besar Oman, Hatim Hilal Ali Al Yaqoubi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wakil lain ialah Chum Angvichet dari Kemboja, Malik Kenesbayuly Murzalin (Kazakhstan), Pham Thi Thuy Nga (Vietnam), Mejar Jeneral Mbaraka Naziad Mkeremy (Tanzania), Jose Julio Gomez Beato (Republik Dominika), Dharamkumar Seeraj (Guyana), Maria Camilleri (Malta), Dimitrios Michalopoulos (Greece) dan Nicholas Panayiotou (Cyprus).

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tiga ketua perwakilan Malaysia yang baru dilantik ke luar negara.

Mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, John K Samuel; Duta Besar Malaysia ke Belgium, Shaiful Anuar Mohammad dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini