Kaki terpelecok, Vida tinggalkan kerja demi jaga Fazley - Utusan Malaysia

Kaki terpelecok, Vida tinggalkan kerja demi jaga Fazley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gara-gara cedera semasa sesi latihan pertandingan badminton, penyanyi dan cef, Datuk Fazley tidak menyangka, kekasihnya, Datuk Seri Vida (DSV) sanggup meninggalkan kerja di China untuk menjaganya.

Kongsi Fazley, 48, sepatutnya DSV mempunyai beberapa hari lagi di China untuk tujuan kerja namun membuat keputusan untuk pulang awal selepas menerima khabar dirinya cedera.

“Saya tengah berlatih untuk kejohanan badminton, lalu tercedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tiada di Malaysia, sebaliknya di China. Tapi dia pulang awal bukan untuk sokong Anugerah Melodi Terhangat sahaja, tetapi dia juga akan teman saya pergi jumpa doktor.

“Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya.  Pemeriksaan itu nanti akan tentukan sama ada saya boleh main badminton untuk kejohanan ataupun tidak, berdebar juga,” kata Fazley.

Tambah penyanyi Asmara Ini lagi, DSV membatalkan beberapa program di Malaysia untuk memberi lebih perhatian kepadanya.

“Betul, masa itu jiwa tengah tak tenang sebab tak jumpa memandangkan masing-masing sibuk.

“Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan dia datang untuk tengok saya.

“Saya rasa dia sangat ‘sweet’. Bagi makan, suap makan, basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang. 

“Sekarang ini memang dia tengah jaga saya. Sanggup balik awal, tinggalkan program dan live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” katanya.

Bagaimanapun, menurut DSV pula, hatinya tidak keruan selepas menerima khabar itu dan bergegas pulang walaupun ketika itu dia sedang berada di fasa merajuk.

“Saya terfikir kenapa Fazley boleh jadi begitu. Tidak kira apa yang saya perlu buat nanti, yang saya tahu saya nak tengok dia.

“Sebab masa itu tengah merindu, saya tak ada. Saya merajuk masa tu, dia pun dah tak tenang. Tiba-tiba jatuh ketika main badminton,” kongsi Vida.

Fazley dan Vida ditemui di Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada Ahad.

Sebelum ini, Fazley dan Vida sudah mengesahkan hubungan istimewa mereka dan bakal melangkah ke fasa seterusnya selepas memberi laluan kepada Bella Astillah dan Syed Saddiq untuk berkahwin.

Fazley menyifatkan hubungan yang bakal terjalin itu sebagai penyatuan dua keluarga yang memerlukan masa serta penelitian rapi, khususnya membabitkan anak-anak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini