Simpan emas jangan hanya tunggu harga rendah

Simpan emas jangan hanya tunggu harga rendah

Khairul Anuar (kiri) dan Zul Ramli sempena pembukaan KAB Gold cawangan Kuala Lumpur di Setapak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengumpulan emas sebagai aset simpanan perlu berteraskan pengetahuan dan perancangan kewangan jangka panjang, bukannya semata-mata bergantung pada turun naik harga pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (KAB Gold), Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri berkata, bakal pembeli perlu terlebih dahulu memahami matlamat menyimpan emas sebelum membuat keputusan untuk memiliki aset berkenaan.

Menurutnya, pembelian emas boleh dilakukan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan masing-masing tanpa perlu menunggu harga berada pada paras yang dianggap paling sesuai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila membeli emas, jangan terlalu fokus pada harga, sebaliknya fokus kepada pertambahan gram emas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan baharu KAB Gold di Setapak, di sini, Sabtu lalu, yang turut disertai program kebajikan untuk golongan asnaf.

Khairul Anuar (tiga dari kiri) dan Zul Ramli (tiga dari kanan) bersama tetamu kenamaan sempena pembukaan cawangan baharu KAB Gold di Setapak, Kuala Lumpur. Foto : KAB Gold.

Majlis berkenaan turut dihadiri penceramah bebas, Zul Ramli M Razali.

Khairul Anuar berkata, pemahaman terhadap harga emas, kos transaksi dan syarat urus niaga perlu diberi perhatian supaya pengguna dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

Katanya, pembeli juga wajar mengetahui perbezaan antara harga belian dengan nilai jualan semula bagi mengelakkan tanggapan bahawa pemilikan emas menjamin keuntungan dalam tempoh singkat.

Dalam perkembangan lain, KAB Gold turut melaksanakan pelbagai inisiatif promosi untuk pelanggan, termasuk cabutan bertuah dan kempen Beli Emas Dapat e-Mas yang menawarkan nilai keseluruhan sekitar RM120,000 pada tahun lalu.

Menurutnya, peruntukan pemasaran syarikat juga dimanfaatkan untuk menyediakan ganjaran serta tawaran tambahan yang memberi nilai kepada pelanggan.

Selain mengembangkan perniagaan, KAB Gold turut menjadikan pematuhan syariah sebagai asas dalam pelaksanaan operasi, merangkumi urusan jual beli, strategi pemasaran dan pengurusan syarikat.

Bagi memperkukuh aspek berkenaan, syarikat melantik pensyarah Universiti Malaya, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah sebagai penasihat syariah yang bertanggungjawab meneliti produk, kontrak jual beli serta bahan pemasaran dan kempen perniagaan.

Memasuki tahun keenam operasi, KAB Gold kini mengendalikan dua cawangan fizikal di Setapak, Kuala Lumpur dan Bandar Permata Lunas, Kedah, selain menjalin kerjasama dengan Sahabat Ar Rahnu, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad menerusi tiga pusat kutipan di Miri, Pontian dan Kuala Terengganu.

Kerjasama itu membolehkan pelanggan mendapatkan kemudahan berkaitan pembelian, penebusan dan pengeluaran emas, sekali gus memperluas akses kepada perkhidmatan syarikat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini