Selangor benam Penang FC 3-1

Selangor benam Penang FC 3-1

PEMAIN Selangor FC meraikan kemenangan ke atas Penang FC dalam saingan Liga Super.- IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBP), sebentar tadi.

Kemenangan di laman sendiri itu menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan Gon terikat 15 mata dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Dalam aksi berkenaan, Gergasi Merah mempamerkan penguasaan awal dan meraih beberapa peluang terbaik untuk berada dihadapan menerusi Chrigor Moraes, namun gagal dimanfaatkan penyerang kelahiran Brazil itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gol pembukaan SFC hadir pada minit ke-11 selepas Moraes memanfaatkan bola muntah tepisan Ramdhan Hamid yang sebelum itu menyelamatkan tandukan A. Selvan untuk tuan rumah memimpin perlawanan.

Pada minit ke-22, Ramdhan menyelamatkan dua percubaan menarik Syahir Bashah dan Quentin Cheng bagi mengelak tuan rumah menggandakan kedudukan.

Bagaimanapun, Moraes sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol kedua hasil umpaman sepakan sudut.

Penang FC kendalian Wan Rohaimi cuba bangkit menerusi Stefano Brundo pada minit ke-69, namun Ahmad Zikri Khalili memadam sisa kebangkitan lawan dengan gol ketiga untuk tuan rumah menang selesa 3-1.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini