Sabah ikat Negeri Sembilan di Paroi

Sabah ikat Negeri Sembilan di Paroi

PASUKAN Negeri Sembilan FC, ketika beraksi menentang pasukan Sabah FC dalam Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, hari ini.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC berkongsi satu mata apabila sekadar mencatatkan keputusan seri, 1-1, dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang tadi.

Hujan lebat selama sejam sebelum sepak mula ternyata menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan apabila hantaran yang dilakukan antara pemain tersekat oleh lopak air di padang.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak melakukan serangan ke kubu Sabah FC melalui sayap kiri yang diterajui Luqman Hakim Shamsudin.

Memuatkan artikel berkaitan…

NSFC mendapat peluang terbaik pada minit ke-29 namun sepakan deras Luqman Hakim tersasar di tepi kanan tiang gol Sabah FC.

Pasukan pelawat akhirnya mendahului tuan rumah dengan gol pada minit akhir separuh masa pertama.

Gonzalo Ignacio yang tidak dikawal di depan pintu gol NSFC memanfaatkan bola yang dilorongkan kepadanya dengan sepakan yang gagal diselamatkan Muhammad Azri Ab. Ghani.

Ketinggalan satu gol NSFC tidak berputus asa dengan menggandakan asakan pada separuh masa kedua.

Pasukan itu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati bola terkena tangan pemain Sabah FC, Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam dalam kotak penalti.

Pemain gantian NSFC, Jovan Motika menjaringkan gol sepakan penalti pada minit ke-67.

Kemasukan pemain import baharu NSFC, Abobakar Kamara menggantikan Luqman Hakim pada minit ke-77 tidak cukup untuk memberikan kesan kepada jentera serangan tuan rumah.

Minit ke-87, Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido dikenakan kad merah selepas mempertikaikan keputusan pengadil perlawanan, Mohamad Faizudin Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini