Elakkan anak menjawab panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali - Utusan Malaysia

Elakkan anak menjawab panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali

Dr. Shamsuriani Md. Jamal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak menjawab panggilan telefon seorang rider yang sedang mencari lokasi kediaman pelanggannya.

Panggilannya itu dijawab kanak-kanak yang begitu keletah memberi gambaran kedudukan rumahnya.

Malah dia turut memberitahu ibunya sedang solat, rumah ada motor, kerusi, almari tempat simpan buku dan beranda serta sebagainya lagi yang agak peribadi.

Walaupun ramai yang terhibur dengan perbualan tersebut dan cara kanak-kanak menjawab panggilan telefon, situasi berkenaan, boleh mendedahkan risiko keselamatan anak dan ahli dalam keluarga itu.

Pengerusi Malaysian Against Pornography, Dr. Shamsuriani Md. Jamal, kurang bersetuju dengan perbuatan kanak-kanak terbabit kerana ia membuka risiko jenayah.

“Ibu bapa perlu memberi pemahaman secara berterusan kepada kanak-kanak bahawa bukan semua maklumat perlu didedahkan kepada orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi apabila ia berlaku secara menerusi panggilan telefon.

“Ajar anak untuk tidak menyebut nama ketika menjawab telefon. Lebih mustahak, anak juga tidak seharusnya dibiarkan sewenang-wenang bercakap dengan orang yang tidak dikenali dengan memberi gambaran dan alamat rumah,” katanya.

Situasi sama turut membabitkan mengenai pemberian ganjaran atau hadiah.

Contohnya, orang tidak dikenali yang suka menggoda kanak-kanak dengan memberi ganjaran agar senang untuk melarikan kanak-kanak tersebut.

“Tegaskan bahawa seorang dewasa tidak mungkin akan meminta pertolongan seorang budak kecil, oleh itu tertipu. Malah itu juga boleh dianggap sebagai tanda-tanda amaran orang itu berniat jahat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×