Penduduk Arab Saudi dilarang rakam serangan Houthi 

Penduduk Arab Saudi dilarang rakam serangan Houthi 

GAMBAR edaran Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA) menunjukkan serpihan peluru berpandu di atas sebuah kenderaan yang rosak di sebuah bangunan pangsapuri di Riyadh.-AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi melarang penduduk dan pelancong merakam serangan peluru berpandu dan dron Houthi menyebabkan ramai semakin berhati-hati untuk mengeluarkan telefon pintar mereka, meskipun letupan dan peluru berpandu pemintas kelihatan di ruang udara ibu negara itu.

Arab Saudi berdepan serangan peluru berpandu dan dron Houthi hampir setiap hari sejak lebih seminggu lalu, kebanyakannya menyasarkan kemudahan infrastruktur di pinggir ibu negara atau lapangan terbang Riyadh yang mengorbankan lebih 19 orang.

Namun, sejak beberapa hari kebelakangan ini, penduduk Riyadh mendengar letupan kuat yang kedengaran lebih hampir dengan pusat bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di tengah Riyadh minggu ini, pekerja asing dilihat menjerit dan menunjuk ke arah langit ketika peluru berpandu pemintas meluncur di atas mereka, menurut pemerhatian wartawan AFP. Bagaimanapun, ramai penduduk Arab Saudi yang berada berdekatan kekal tenang.

“Keadaan ketika itu tegang dan menakutkan. Kami mendengar letupan dan melihat peluru berpandu di kaki langit.

“Detik itu menakutkan dan jarang berlaku, tetapi saya tidak terfikir untuk merakamnya kerana arahan yang dikeluarkan,” kata seorang saksi yang enggan dikenali kepada AFP.

Kementerian Dalam Negeri berulang kali memberi amaran kepada penduduk supaya tidak merakam atau menyiarkan gambar dron, peluru berpandu, peluru berpandu pemintas sistem pertahanan udara serta lokasi yang terkena serangan.

“Merakam, menerbitkan atau berkongsi maklumat berkaitan usaha memintas peluru berpandu dan dron serta lokasi impaknya boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang,” menurut mesej amaran kementerian itu yang kerap dikongsi dalam talian.

Sementara itu, pengguna media sosial Arab Saudi membanjiri platform dalam talian dengan mengecam organisasi berita dan wartawan yang menerbitkan laporan yang dianggap menjejaskan imej negara itu.

Penduduk turut menyertai kempen berkenaan dengan melaporkan insiden kepada pihak berkuasa, termasuk memaklumkan mengenai warga asing yang disyaki bersimpati dengan Houthi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini