Kemarau teruk diisytihar di England

Kemarau teruk diisytihar di England

GELOMBANG haba ektrem menyebabkan empangan takungan Wimbleball di Exmoor, Somerset kini menampung air kurang daripada satu perempat kapasitinya.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) mengisytiharkan status kemarau teruk di beberapa kawasan di selatan England susulan tempoh cuaca ekstrem luar biasa yang melanda negara itu.

UK mengalami musim panas paling panas dalam rekod pada 2026, dengan beberapa gelombang haba dan kemarau luar biasa akibat kekurangan hujan pada tahap yang tidak pernah direkodkan sejak 1836.

“Tahap kemarau seperti ini tidak pernah kita alami selama beberapa dekad,” kata Menteri Alam Sekitar, Angela Eagle.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih 80 peratus kawasan England kini mengalami kemarau apabila taburan hujan terus berada di bawah paras purata hingga musim luruh.

Status kemarau teruk diisytiharkan di daerah Cornwall, Devon, Dorset, Somerset, East Sussex dan West Sussex.

Ia merupakan tahap kemarau paling buruk yang diisytiharkan apabila petunjuk paras air berada pada tahap luar biasa rendah untuk tempoh yang panjang.

Pengisytiharan itu dibuat ketika dua empangan takungan utama di barat daya England yang membekalkan air kepada hampir 400,000 premis mencatatkan paras simpanan di bawah 20 peratus daripada kapasiti masing-masing.

Agensi Alam Sekitar berkata, paras simpanan air empangan takungan lazimnya dijangka sekitar 75 peratus pada waktu ini dalam setahun.

Menurut kerajaan, kawasan tenggara dan barat daya England mengalami tempoh April hingga September paling kering dalam tempoh lebih satu abad.

Setakat minggu lalu, purata paras air empangan takungan di seluruh England berada pada 54 peratus, manakala negara itu hanya menerima hujan sebanyak 10 peratus daripada purata taburan hujan bagi Oktober.

Kerajaan menggesa syarikat pembekal air memantau pengambilan air daripada sumber semula jadi serta menggalakkan pengguna mengurangkan penggunaan air. Sekatan penggunaan air juga sudah dikuatkuasakan di beberapa wilayah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini