Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen

Komander Houthi maut dalam pertempuran dengan tentera Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Seorang komander Houthi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Yemen berhampiran Gunung Han di bandar Taiz, barat daya negara itu, menurut seorang pegawai pada Jumaat.

Jurucakap media Yemen, Fayyad al-Noman menerusi hantaran di platform media sosial X berkata, Abdulrahman Mohammed Sufyan Wajih al-Din yang dikenali sebagai Abu al-Karrar, terbunuh di tangan tentera kerajaan berhampiran Gunung Han.

Fayyad mengenal pasti komander Houthi yang terbunuh itu sebagai brigadier jeneral yang juga pengarah daerah Dhi al-Sufal di wilayah Ibb.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila kejadian itu berlaku atau memberikan butiran lanjut mengenai keadaan yang membawa kepada kematian komander berkenaan.

Houthi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Taiz kekal sebagai antara medan pertempuran utama dalam konflik Yemen, dengan tentera kerajaan dan Houthi berulang kali bertempur di sekitar bandar berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini