JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan berlaku gangguan bekalan eletrik melibatkan beberapa kawasan di sekitar Johor Jaya, di sini susulan kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau.
TNB dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan itu dikesan pihaknya berlaku pada pukul 6.03 petang hari ini.
“Pasukan teknikal TNB telah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas.
Memuatkan artikel berkaitan…
“TNB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna sepanjang proses pemulihan bekalan elektrik dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan tersebut, di sini hari ini.-UTUSAN










