Haas pertaruh Bearman

Haas pertaruh Bearman

OLIVER Bearman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ollie Bearman dijangka memainkan peranan lebih besar dalam pasukan itu pada musim depan selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan musim ini.

Ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu berkata, Bearman menunjukkan perkembangan positif musim ini dan bersedia memikul tanggungjawab lebih besar, berikutan Esteban Ocon akan meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini.

“Saya tidak boleh mendedahkan butiran tertentu mengenai kontraknya, tetapi saya sememangnya mahu Ollie terus bersama kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sangat berbakat dan menunjukkan peningkatan yang ketara. Musim ini, dia membuktikan bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi tonggak utama pasukan,” katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu menyumbang 23 daripada keseluruhan 30 mata yang dikumpulkan Haas selepas 17 pusingan perlumbaan musim ini.

Pada perlumbaan pecut Grand Prix Singapura minggu lalu, Bearman menamatkan saingan di tempat keenam selepas memulakan perlumbaan dari petak ke-13, walaupun litar itu terkenal kerana menyukarkan pelumba memotong lawan.

Komatsu berkata, Haas hanya perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum mengumumkan lanjutan kontrak Bearman secara rasmi.

“Kami hanya perlu memuktamadkan beberapa perkara sebelum pengumuman dibuat. Namun, memang menjadi hasrat kami untuk terus bekerjasama dengan Ollie,” katanya.

Haas akan beraksi di laman sendiri pada Grand Prix Amerika Syarikat di Litar Americas, Austin, Texas, minggu depan. – AGENSI

 

KAPSYEN

 

OLIVER BEARMAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini