Keputusan Inkues Zara Qairina ditetapkan 15 Januari 2027

Keputusan Inkues Zara Qairina ditetapkan 15 Januari 2027

ZARA Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini menetapkan 15 Januari tahun hadapan untuk memberikan keputusannya dalam inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amri Hassan menetapkan tarikh itu hari ini susulan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan.

Beliau berkata pihak-pihak terlibat diberikan masa sehingga 15 Disember tahun ini untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amir Shah berkata mahkamah juga telah menetapkan 8 Januari 2027 untuk penjelasan hujahan.

“Keputusan, akan dibacakan dalam Bahasa Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini