Pembantu penguat kuasa JPJ maut dirempuh lori ketika bertugas

Pembantu penguat kuasa JPJ maut dirempuh lori ketika bertugas

KEADAAN kenderaan JPJ yang terlibat nahas dengan dua buah lori di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Senawang di Seremban malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan jabatan itu terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Senawang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, mangsa dipercayai sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Bagaimanapun, sebuah lagi lori yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) JPJ dan lori yang sedang diperiksa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sihdu mengesahkan seorang anggotanya maut dalam kejadian berkenaan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd. Azrul Rashid Yaakub yang bertugas sebagai Pegawai Pembantu Penguat kuasa KP2 di cawangan JPJ Seremban.

“Beliau telah berkhidmat di cawangan ini sejak tahun 2018,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini