Houthi serang Istana Presiden Yemen, lima maut

Houthi serang Istana Presiden Yemen, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN: Lima orang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kumpulan Houthi menyerang Istana Presiden Al-Maashiq di Aden menggunakan peluru berpandu balistik, menurut Menteri Kesihatan Yemen.

Sumber kerajaan memberitahu Anadolu serangan itu melibatkan lima peluru berpandu balistik dan beberapa anggota kerajaan berada di dalam istana ketika kejadian.

Menteri Kesihatan Yemen, Qassem Buhaibeh menerusi Facebook berkata, mangsa yang terkorban dan cedera terdiri daripada anggota pengawal serta kakitangan awam yang bekerja di kompleks istana berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai pengulangan serangan terhadap kerajaan Yemen di Lapangan Terbang Aden pada Disember 2020.

“Kerajaan akan terus menjalankan tugasnya bersama rakyat,” katanya.

Kementerian Penerangan memaklumkan Perdana Menteri, Shaya al-Zindani dan anggota kerajaan berada dalam keadaan selamat selepas serangan itu.

Pengguna media sosial turut menyebarkan rakaman video yang menunjukkan kepulan asap naik dari dalam Istana Al-Maashiq.

Agensi berita rasmi kerajaan, Saba turut melaporkan Houthi menyerang kawasan perumahan di bandar Marib menggunakan beberapa peluru berpandu balistik.

Sebelum itu, agensi berkenaan melaporkan kumpulan tersebut membedil rumah penduduk awam di kawasan sekitar istana.

Stesen televisyen Al-Masirah yang dikendalikan Houthi turut memetik sumber tentera yang tidak dinamakan mengesahkan istana itu menjadi sasaran serangan tanpa memberikan butiran lanjut.

Serangan itu merupakan yang pertama seumpamanya ke atas istana berkenaan sejak pertempuran antara Houthi dengan kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa kembali tercetus pada Julai lalu.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menerusi Telegram berkata, kumpulan itu menyasarkan markas operasi perang Arab Saudi di Aden.

Beliau turut menegaskan Houthi menganggap sebarang kehadiran tentera Arab Saudi sebagai sasaran yang sah untuk diserang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini