Sukan SEA 2027 agenda pertama Arrifin

Sukan SEA 2027 agenda pertama Arrifin

(DARI kiri) Arrifin Mohd. Ghani, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Rahimi Ismail dan Jefri Ngadirin dalam Majlis Serahan Surat di Menara KBS, Putrajaya, semalam. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) baharu, Arrifin Mohd Ghani berazam memastikan Malaysia bukan sekadar mampu bersaing malah mencapai kejayaan membanggakan di laman sendiri pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

“Sebagai tuan rumah, kita bukan sahaja berharap untuk menang tetapi menang dengan cemerlang,” katanya yang menggantikan Jefri Ngadirin di kerusi nombor satu MSN berkuat kuasa semalam.

Jefri dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan menggantikan Arrifin dalam satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Arrifin berkata, beliau tidak bercadang melakukan perubahan secara terburu-buru, sebaliknya mahu meneliti aspek pengurusan bersama pegawai kanan MSN bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan tanpa menjejaskan momentum prestasi sedia ada.

“Saya tak dapat nak komen secara terperinci lagi kerana baru tiga empat jam dilantik. Insya-Allah kita akan tengok, cuma kita pun jangan ganggu momentum sangat kerana kita sudah ada pasukan yang boleh membawa kejayaan,” katanya.

Selain Sukan SEA 2027, Arrifin turut memberi perhatian kepada keperluan atlet elit, termasuk memastikan mereka mendapat sokongan dan peluang terbaik dalam persiapan menuju Sukan Olimpik menerusi program berprestasi tinggi seperti Road to Gold (RTG).

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, penstrukturan yang berkuat kuasa semalam dibuat selepas mengambil kira pandangan Lembaga MSN serta KBS, sekali gus menepis tanggapan bahawa keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa.

“Proses sudah pasti, ia bukan keputusan satu pihak ataupun keputusan individu,” katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026, semalam.

Menurut Taufiq, pengalaman Jefri berurusan dengan persatuan sukan dan atlet menjadi antara faktor yang mendorong penempatannya sebagai Pesuruhjaya Sukan, terutama ketika pindaan Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan 2026 memberi penekanan kepada pemerkasaan fungsi berkenaan.

Pada masa sama, pengalaman Arrifin sebagai bekas pemain hoki kebangsaan serta pegawai pentadbiran sukan dilihat bersesuaian untuk menerajui MSN, lebih-lebih lagi ketika Malaysia memasuki fasa persiapan penting menjelang Sukan SEA 2027 sebagai tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini