FWD raikan 20 tahun Al Isra' Group

FWD raikan 20 tahun Al Isra’ Group

DARI kiri: Haji Zulmajdi Bin Omar (Ahli Lembaga Pengarah), Haji Mohd Noor Bin Shaharum (Ahli Lembaga Pengarah), Haji Othman Bin Shaharum (Pengasas), Zaree Abu Zarin (Ketua Pegawai Agensi FWD), Haji Mohd Fadzli Bin Mat Noor (Pengasas), Haji Hafizul Hamdi Bin Hassan (Ahli Lembaga Pengarah) dan Haji Abdul Razak Bin Ibrahim (Ahli Lembaga Pengarah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FWD Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (FWD) meraikan kekuatan rangkaian agensinya sempena ulang tahun ke-20 Al Isra’ Group (AIG), kumpulan agensi di bawah FWD Takaful yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama dua dekad.

Pengendali takaful keluarga terkemuka negara, FWD berkata, pencapaian itu menandakan tempoh 20 tahun AIG menyantuni pelanggan dan menyumbang kepada perkembangan industri takaful di seluruh negara.

Menurut FWD, pencapaian itu turut mengiktiraf sumbangan kolektif para pengasas, pasukan kepimpinan, rakan agensi, wargakerja serta pelanggan AIG yang menyokong aspirasi syarikat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan nilai cadangan agensi, melahirkan generasi baharu pemimpin agensi serta memperluaskan peluang mendapatkan perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla berkata, pencapaian tersebut mencerminkan visi, kecekalan dan dedikasi pemimpin AIG, selain membuktikan peranan penting model agensi dalam perjalanan FWD di negara ini.

“Barisan agensi kami kekal sebagai nadi kepada cara kami berkhidmat kepada pelanggan. Kami komited untuk terus melabur dalam kejayaan mereka melalui penyediaan alat, keupayaan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang semakin dinamik,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini