Isu baja: Mohamad Sabu sah dipanggil SPRM - Utusan Malaysia

Isu baja: Mohamad Sabu sah dipanggil SPRM

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kelewatan penghantaran baja bersubsidi kerajaan.

Beliau berkata, tindakan pantas SPRM menyiasat perkara itu dialu-alukan bagi mengelakkan tuduh-menuduh selain memastikan kepentingan pesawah terus dilindungi.

“Kita berharap SPRM bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pun dipanggil memberi keterangan dan sangat gembira apabila perkara ini dapat diselesaikan serta mencari jalan terbaik untuk kepentingan petani.

“Siapa yang melakukan rasuah atau tidak, bukan kita yang hendak menuduhnya. Kita serahkan kepada penyiasat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) yang meminta penjelasan sama ada kementerian bercadang menyediakan insentif kepada petani berpendapatan rendah (B40) yang terjejas susulan kelewatan bekalan baja baru-baru ini.

Tambah Mohamad, kerajaan akan mengkaji kemungkinan menyalurkan bantuan bersasar kepada petani yang mengalami kerugian susulan kelewatan bekalan baja.

Beliau berkata, penelitian akan dibuat mengikut kes bagi mengenal pasti petani yang benar-benar mengalami kemerosotan hasil sebelum sebarang bentuk bantuan dipertimbangkan.

Beliau berkata, kementerian juga akan meneliti ketersediaan peruntukan bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada golongan yang terjejas.

“Soal kerugian tani itu kita akan kaji dan kita akan bincang lagi supaya kalau ada peruntukan di mana-mana, kita akan pergi dalam bentuk sasaran.

“Bukan semuanya mengalami kemerosotan hasil, tetapi ada beberapa tempat kita akan lihat kes demi kes,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini