Bali dilanda kekurangan bahan api, stesen minyak sesak - Utusan Malaysia

Bali dilanda kekurangan bahan api, stesen minyak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kekurangan bahan api melanda beberapa kawasan di Bali, menyebabkan barisan panjang di segelintir stesen minyak yang masih beroperasi di pulau peranginan Indonesia itu.

Wartawan RIA Novosti pada Selasa melaporkan gangguan bekalan berkenaan paling ketara di kawasan tumpuan pelancong, termasuk Uluwatu dan Ubud.

Komuniti berbahasa Rusia di pulau itu melaporkan kekurangan petrol di stesen minyak utama serta dalam kalangan penjual persendirian, selain penutupan premis jualan bahan api berskala kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menunggu dalam barisan yang sangat panjang, tetapi akhirnya diberitahu bahawa lebih baik saya pergi ke stesen lain. Di sana, selepas menunggu dalam barisan yang sama panjang, saya pula diminta pergi jauh ke utara pulau ini,” kata warga Rusia, Sergey, kepada RIA Novosti.

Di Kerobokan, penunggang motosikal dilihat beratur sehingga lewat malam Isnin bagi mendapatkan bekalan petrol.

Rakaman yang dikongsi dalam talian turut menunjukkan sejumlah besar penunggang motosikal menunggu giliran untuk mengisi minyak.

Portal berita Detik Bali melaporkan pengguna jalan raya di daerah Badung terpaksa menunggu lebih sejam pada Isnin, dengan barisan kenderaan melimpah ke jalan raya hingga mengganggu lalu lintas.

Di daerah Jembrana, sebanyak 14 stesen minyak terjejas akibat kekurangan bekalan bahan api, menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa menolak motosikal yang kehabisan petrol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini