Insiden renjatan elektrik: TNB sedia beri kerjasama penuh

Insiden renjatan elektrik: TNB sedia beri kerjasama penuh

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, susulan insiden tiga remaja lelaki yang cedera akibat terkena renjatan elektrik di Mergong, Kedah.

TNB memaklumkan, pihaknya bersimpati dengan insiden elektrik yang berlaku ketika berlangsungnya perarakan keagamaan di Alor Setar dan mendoakan agar semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

Menurut syarikat itu, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku apabila tiang bendera yang dibawa semasa perarakan menghampiri talian penghantaran elektrik voltan tinggi sehingga menyebabkan berlakunya percikan arka elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“TNB akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan memastikan sebarang objek tinggi termasuk tiang bendera, berada pada jarak selamat daripada talian elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam, dua mangsa berusia 17 tahun dan seorang berumur 16 tahun kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas dimasukkan ke zon merah.

Setiausaha Persatuan Tokong Sayur Mergong, Chah Boon Chuan berkata, kejadian berlaku ketika ribuan peserta berarak di jalan utama sebelum salah satu bendera dipercayai terkena kabel elektrik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini