Cari dia dan bagi hukuman setimpal - Yusof Bahrin gesa heret pemandu BYD Seal ke muka pengadilan - Utusan Malaysia

Cari dia dan bagi hukuman setimpal – Yusof Bahrin gesa heret pemandu BYD Seal ke muka pengadilan

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Yusof Bahrin, 34, mencadangkan masyarakat mengambil tindakan sekiranya pemandu kenderaan jenis BYD Seal yang menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak dalam kemalangan baru-baru ini, terlepas.

Yusof memaklumkan pelaku tidak boleh terlepas dan seharusnya dikenakan tindakan yang setimpal dengan perbuatannya.

“Hukuman apa yang patut dikenakan dekat driver
BYD yang langgar lari itu?  Tolong rakyat Malaysia .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau dia tak kena hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat, saya rasa kita kena cari dia dan kita bagi apa yang setimpal untuk dia. Setuju?” katanya di Thread.

Kenderaan BYD Seal berkenaan merempuh belakang Produa Bezza sehingga mengakibatkan kemalangan sebuah motosikal dan empat kenderaan lain.

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kuching itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini