Warga Malaysia broker sewa pesawat bawa dadah di Loas - Utusan Malaysia

Warga Malaysia broker sewa pesawat bawa dadah di Loas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan seorang individu warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai broker dalam urusan penyewaan pesawat persendirian yang dikaitkan dengan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang, Laos, telah diambil oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu berkenaan mendedahkan bahawa pesawat itu disewa oleh seorang lelaki warga Filipina berusia 54 tahun.

Katanya, lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai bekas juruterbang dan mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah di negara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan turut mendedahkan penglibatan seorang wanita warga Filipina berusia 51 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penyelaras sindiket berkenaan.

“PDRM telah mengenal pasti sindiket dan
individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan di Malaysia. Percakapam beberapa orang saksi turut diambil,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan berhubung kes ini dikendalikan oleh Unit Siasatan Khas, JSJN Bukit Aman di bawah Seksyen 34 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B
Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iaitu melakukan persubahatan atau perbuatan persediaan di Malaysia bagi kesalahan pengedaran dadah di luar negara.

Hussein berkata, JSJN turut bekerjasama dengan Wisma Putra dan pihak Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) bagi mendapatkan maklumat lanjut serta membantu pasukan JSJN dalam siasatan kes ini.

“JSJN komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang. Dadah adalah musuh nombor satu negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN di 012 – 208 7222,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini