Penggiat seni, industri kreatif Sabah disaran manfaatkan peruntukan RM130 juta

Penggiat seni, industri kreatif Sabah disaran manfaatkan peruntukan RM130 juta

Joniston Bangkuai menerima memorandum cadangan tujuh perkara disampaikan Pengerusi KREATIF SABAH, Chester Pang. - UTUSAN/HARDY JOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penggiat seni dan industri kreatif di Sabah disaran manfaatkan peruntukan lebih RM130 juta menerusi Belanjawan 2027 memperkukuh sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan.

 

 Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, peruntukan Kerajaan Persekutuan itu membuka peluang kepada penggiat seni tempatan menghasilkan karya berkualiti, meningkatkan profesionalisme dan menembusi pasaran lebih luas.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

 “Saya berharap Belanjawan Negeri Sabah 2027 yang dijadual dibentangkan November ini memberi perhatian kepada pembangunan industri seni dan kreatif negeri,” katanya ketika menerima kunjungan hormat delegasi Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF SABAH), diketuai Pengerusinya, Chester Pang, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini.

 

  Dalam pertemuan hampir dua jam itu, KREATIF SABAH membentangkan fungsi, kegiatan dan hala tuju gabungan berkenaan.

 

  Selain itu, pertubuhan itu mengemukakan dua kertas cadangan iaitu penubuhan Hab Kreatif Bandaraya Kota Kinabalu (KKCity C-Hub) dan Orkestra Bandaraya Kota Kinabalu (OBKK).

 

  Kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan berkenaan serta potensi pembangunan industri seni dan kreatif di Sabah.

 

  Chester berkata, KREATIF SABAH menghimpunkan 11 persatuan seni dan kreatif di negeri ini, berpotensi menjadi platform dalam mengenal pasti keperluan industri, menyelaraskan cadangan pembangunan serta menghubungkan komuniti kreatif dengan kerajaan.

 

  Menurut beliau, usaha itu juga berpotensi menyokong aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) melalui pembangunan industri kreatif yang lebih terancang, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada bakat tempatan.

 

  Sehubungan itu, Chester berharap kunjungan itu menjadi asas kepada kerjasama berterusan antara kerajaan dengan penggiat industri dalam memperkukuhkan ekosistem seni dan kreatif serta meningkatkan sumbangan kepada ekonomi Sabah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini