Bekas pemain bola sepak didakwa edar 72kg kanabis

Bekas pemain bola sepak didakwa edar 72kg kanabis

MUHAMMAD Faiz Nazri (dua kiri) dikawal anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengedar kanabis di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.-PIX/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, September lepas.

Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, yang pernah bermain untuk skuad Piala Presiden sebuah negeri hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar kanabis seberat 72 kilogram (kg) di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Alor Setar di Lebuhraya Utara Selatan, di sini kira-kira pukul 6.30 petang, 24 September lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sharmila Md. Asri, manakala tertuduh yang berasal dari Perlis tidak diwakili peguam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Dia berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati akan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, sekiranya disabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 2 Februari tahun depan bagi serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Muhammad Faiz yang pernah bermain dalam skuad Piala Presiden 2019 diperintahkan ke Penjara Alor Setar sehingga tarikh sebutan tersebut.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini