Belanjawan 2027: Implikasi kepada pembayar cukai individu M40

Belanjawan 2027: Implikasi kepada pembayar cukai individu M40

DASAR percukaian individu bagi Belanjawan 2027 merangsang ekonomi domestik dengan meningkatkan perbelanjaan isi rumah M40 tanpa mengorbankan prinsip keadilan fiskal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 membawa perubahan signifikan dalam landskap percukaian individu negara, terutama apabila semakan pertama pelepasan asas individu sejak tahun 2010 serta pelarasan kadar cukai marginal.

Dari sudut pandang dasar fiskal dan kewangan peribadi, langkah-langkah yang diperkenalkan menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan pertengahan (M40).

​Antara perubahan yang berlaku adalah kenaikan pelepasan asas individu yang mana had pelepasan dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000, dan pengurangan kadar cukai M40 iaitu potongan satu peratus bagi pendapatan bercukai RM70,000-RM100,000 (daripada 19 peratus kepada 18 peratus) dan RM100,001-RM150,000 (daripada 25 peratus kepada 24 peratus).

Memuatkan artikel berkaitan…

Perluasan skop pelepasan juga diberikan untuk perkhidmatan penjagaan pasca bersalin, penjagaan datuk dan nenek, kasut sukan, yuran pengajian dan kemahiran untuk semua bidang pengajian dan tuisyen anak, serta langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Claude.

Kadar cukai progresif golongan kaya 30 peratus dinaikkan untuk bermula pada pendapatan bercukai bermula RM1,000,001 berbanding RM2,000,000 sebelum ini.

​​Penambahbaikan ini memberikan impak langsung kepada pendapatan boleh guna di mana kira-kira lima juta pembayar cukai dijangka menikmati penjimatan cukai yang banyak untuk setahun.

Kenaikan pelepasan individu dari RM9,000 ke RM12,000 juga adalah satu tindakan yang amat wajar memandangkan had RM9,000 tidak pernah disemak sejak 2010.

Perubahan ini memberi kesan kepada golongan M40 yang sering menjadi kelompok yang terhimpit kerana mereka tidak layak menerima bantuan tunai langsung secara menyeluruh seperti B40, tetapi menanggung beban cukai dan kos sara hidup yang tinggi.

Pengurangan kadar cukai pada julat RM70,000 hingga RM150,000 mengembalikan aliran tunai bulanan melalui potongan cukai bulanan (PCB) yang lebih rendah.

​Memasukkan perkhidmatan AI dalam perbelanjaan di bawah gaya hidup dan pelepasan penjagaan keluarga yang lebih luas (termasuk datuk/nenek dan pasca bersalin) mencerminkan pemikiran cukai yang adaptif terhadap dinamik sosioekonomi masa kini.

Ini menggalakkan penerima pakai teknologi dan pemerkasaan penjagaan kesihatan isi rumah yang lebih meluas bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menjadi yang tinggi dalam bidang digital disamping penjagaan berterusan untuk warga berusia.

Pencinta haiwan juga mendapat pelepasan bagi kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat haiwan berdaftar yang sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk menguruskan haiwan-haiwan ini seperti kucing dan anjing.

​Walaubagaimanapun, langkah menaikkan kadar cukai berpendapatan tinggi (30 peratus bermula RM1 juta) sangat perlu bagi memastikan kerajaan tidak kehilangan asas hasil negara secara drastik.

Jumlah pembayar cukai individu aktif di Malaysia hanyalah sekitar 7.6 juta berbanding 32 juta fail yang direkodkan. Pendekatan memindahkan beban kepada yang mampu ini menyokong kemampanan kewangan awam tanpa menjejaskan pertumbuhan pengguna pasaran domestik.

Dasar percukaian individu bagi Belanjawan 2027 adalah seimbang.

Ia merangsang ekonomi domestik dengan meningkatkan perbelanjaan isi rumah M40 tanpa mengorbankan prinsip keadilan fiskal disamping memberi pelbagai bantuan sosial kepada golongan yang memerlukan, pembinaan negara yang lebih maju dan pelbagai perkhidmatan bertaraf dunia kepada masyarakat. – UTUSAN

DR. SOLIHA SANUSI
Pensyarah Percukaian
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini