Kerabat Terengganu saman dua bank tuntut simpanan hilang RM1.99 juta

Kerabat Terengganu saman dua bank tuntut simpanan hilang RM1.99 juta

TENGKU Ismail Tengku Ibrahim (dua dari kiri) bersama barisan peguamnya selepas memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan di  Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua institusi kewangan tempatan disaman seorang kerabat diraja Terengganu bagi menuntut semula simpanan berjumlah RM1.99 juta yang didakwa lesap daripada akaun simpanan peribadinya, tahun lalu.

Writ saman sivil tersebut difailkan menerusi dua peguamnya, Alif Danial Ahmad Shahrulnizam dan Mohd. Hazwan Hamidun dari firma guaman, Rafie & Co di Mahkamah Tinggi, di sini semalam.

Plaintif, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, menuntut semua wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM1,985,065 yang hilang dipulangkan semula oleh dua institusi kewangan terbabit yang dinamakan sebagai defendan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli perniagaan tersebut juga menuntut ganti rugi am, kos guaman dan faedah daripada kedua-dua defendan berkenaan.

Berdasarkan penyataan writ saman, plaintif yang mendakwa tidak pernah menggunakan mana-mana aplikasi pembankan dalam talian itu hanya menyedari wang simpanan di dalam dua akaun bank terbabit hilang Januari lalu.

Kunjungannya di dua cawangan bank berkenaan itu mendapati baki simpanannya masing-masing hanya tinggal RM73 dan RM99. Semakan kemudian mendapati semua transaksi pengeluaran wang simpanan mencurigakan tersebut didakwa berlaku antara September hingga Disember tahun lalu.

Laporan polis berhubung kehilangan wang simpanan tersebut tdibuat Tengku Ismail di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini pada 15 Januari lalu.

Plaintif mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian, memindahkan wang keluar mahupun mengesahkan sebarang transaksi dipertikai berkenaan.

Beliau mendakwa pengurusan dua institusi kewangan tersebut cuai dengan membenarkan pihak ketiga mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian tanpa kebenarannya. Dua defendan juga didakwa gagal memantau dan menyekat transaksi mencurigakan serta melaksanakan amalan perbankan selamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini