Cukai karbon bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan

Cukai karbon bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan

SYED Ibrahim Syed Noh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai karbon yang ditangguhkan ketika ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, kementerian akan terus memberikan kerjasama serta input teknikal bagi memastikan pelaksanaan instrumen penetapan harga karbon selaras dengan dasar dan komitmen perubahan iklim negara.

“Berhubung pelaksanaan cukai karbon, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walau bagaimanapun, NRES akan terus memberikan kerjasama dan input teknikal bagi memastikan pelaksanaan sebarang instrumen berkaitan penetapan harga karbon adalah selaras dengan dasar serta komitmen perubahan iklim negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta penjelasan mengenai dasar jangka panjang kerajaan dalam menangani perubahan iklim serta tarikh pelaksanaan cukai karbon yang ditangguhkan bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam ekonomi rendah karbon. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini