Zoo tutup selepas lelaki mati diterkam harimau - Utusan Malaysia

Zoo tutup selepas lelaki mati diterkam harimau

HARIMAU yang menerkam mangsa di dalam krurungan sebuah zoo. - Taman Hidupan Liar Yorkshire
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki maut selepas diter­kam seekor harimau Siberia selepas dia bertindak menceroboh dan melompat masuk ke dalam kandang haiwan pemangsa berkenaan di sebuah zoo kelmarin.

Satu rakaman video milik seorang pengunjung memaparkan mangsa yang belum dikena lpasti identitinya memanjat dan memasuki kawasan berpagar di Taman Hidupan Liar Yorkshire, Britain.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan insiden itu, seluruh pengunjung zoo telah diarah keluar dan zoo itu ditutup sehingga Ahad.

Saksi di lokasi mendakwa mendengar sehingga lima das tembakan bagi menakutkan haiwan  itu supaya kembali ke kawasan perlindungannya. 

Pihak zoo kemudian memasang tirai hitam di sekeliling kawasan kandang tersebut.

Harimau itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kekal berada di dalam kandangnya selepas insiden tersebut.

Jurucakap Polis South Yorkshire berkata, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian tetapi malangnya, selepas usaha dilakukan pegawai perubatan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan (tentang kejadian itu),” katanya.

Jurucakap pasukan itu menambah bahawa tiada ancaman bahaya terhadap orang ramai selepas kejadian tersebut.

Taman hidupan liar yang terletak berhampiran Doncaster itu menempatkan seekor ekor harimau betina seberat 108 ki­logram (kg) bernama Tschuna. Zoo itu turut menempatkan  harimau jantan bernama Altai yang baharu ditempatkan sejak Mac tahun lalu.

Laporan awal mendapati Altai dipercayai merupakan harimau yang terlibat dalam sera­ngan tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbaju sejuk hitam melutut dengan kedua-dua belah tangannya mendepa ke udara sebelum harimau itu menerkamnya dari arah belakang.

Haiwan pemangsa itu dilihat menggigit bahagian belakang lelaki berkenaan sebelum menyerangnya di tanah dan berdiri di atas tubuh mangsa.

Lelaki berkenaan kemudian menuding jari ke arah harimau tersebut sambil menjerit meminta haiwan itu berhenti menyerangnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini