Anggota tentera ditahan bawa pistol, air ketum dalam tempoh peralihan bersara

Anggota tentera ditahan bawa pistol, air ketum dalam tempoh peralihan bersara

Mohamed Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kenderaan di Kem Sungai Besi di sini pada 29 September lalu kini dalam tempoh peralihan untuk bersara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati status lelaki tersebut dalam peralihan daripada anggota tentera ke orang awam. 

“Dia memang dalam peralihan. Maknanya  memang dah masuk masa untuk bersara, peralihan antara sebagai anggota menjadi orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka dia ada tempoh enam bulan itu, dia melalui satu tempoh peralihan. Jadi, dia dalam peralihan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan di sini hari ini. 

Ditanya sama ada pistol dan peluru yang ditemukan milik Tentera Darat Malaysia (TDM) atau sebaliknya, katanya, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.

Media kelmarin melaporkan, lelaki berusia 30-an itu didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud dilaporkan berkata, suspek dituduh selepas kertas siasatan kes berkenaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR dan arahan tuduh dibenarkan terhadap suspek di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya. 

Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan suspek ditahan di kawasan parkir kenderaan dalam kem berkenaan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di lokasi kejadian pada 29 September.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini