Krisis jerebu: Dedahkan 57 syarikat 'dalang' kebakaran hutan Indonesia - NGO

Krisis jerebu: Dedahkan 57 syarikat ‘dalang’ kebakaran hutan Indonesia – NGO

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia hendaklah bersikap telus, terbuka dalam menangani krisis jerebu serantau yang berpunca daripada aktiviti kebakaran di negara itu dengan mendedahkan semua maklumat mengenai 57 syarikat yang menjadi ‘dalang’ aktiviti tidak bermoral itu.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meena Raman berkata, pendedahan kepada umum itu penting bagi mencari pesalah yang terbabit dan memulakan proses tindakan undang-undang kepada syarikat-syarikat tersebut kerana masalah yang ditimbulkan membawa kesan dan gejala negatif yang terlalu besar.

Katanya, sikap syarikat terbabit mengambil pendekatan mudah dan murah dengan terus bakar untuk penanaman semula mesti dihukum dengan tegas oleh kerajaan Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sampaikan sekolah pun ditutup, dan ramai orang menghadapi pelbagai masalah kesihatan daripada daripada perbuatan mereka ini yang bukan sekali, tetapi telah berdekad-dekad lamanya membakar hutan sehingga menjejaskan kehidupan jutaan penduduk di negara serantau.

“Semoga dengan pendedahan tersebut, ia akan menjurus kepada suatu tindakan yang boleh menghentikan aktiviti pembakaran hutan secara menyeluruh agar ianya tidak berlaku lagi di masa akan datang,” jelasnya.

Baru-baru ini, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, Indonesia mengenal pasti 198 suspek individu dalam siasatan kes kebakaran hutan dan tanah, selain memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.

KBRI Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.

Kawasan konsesi yang terbakar itu meliputi 33,514.01 hektar, membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700.16 hektar.

Mengulas lanjut, Meena berkata, pendedahan tersebut juga akan membolehkan rakyat di semua negara yang terbabit mencari jalan penyelesaian tanpa terlalu bergantung kepada tindakan kerajaan atau pihak berkuasa semata-mata.

“Sebagai contoh, rakyat secara umumnya boleh melakukan protes kepada syarikat terbabit dengan tidak lagi member produk mereka sebagai tanda bantahan kepada sikap tidak bertanggung jawab pemilik syarikat dan firma terbabit,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini