Jerebu: 33 kawasan tidak sihat, Batu Pahat paling tinggi

Jerebu: 33 kawasan tidak sihat, Batu Pahat paling tinggi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 190.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Larkin, Pasir Gudang dan Tangkak masing-masing merekodkan bacaan 185, diikuti Seremban (184) serta Segamat (181).

Nilai pula mencatatkan bacaan 179, manakala Bukit Rambai dan Kluang masing-masing merekodkan 177, diikuti Cheras (175), Tasek Ipoh serta Bandaraya Melaka (174).

Memuatkan artikel berkaitan…

Alor Gajah merekodkan bacaan 173, diikuti Kota Tinggi (172), Pegoh Ipoh (171) dan Batu Muda (170).

Tanjung Malim, Putrajaya dan Pengerang masing-masing mencatatkan bacaan 169, manakala Shah Alam serta Rompin merekodkan 168.

Johan Setia pula mencatatkan bacaan 166, diikuti Port Dickson (165), Petaling Jaya (161), Klang (158) dan Banting (155).

Kuala Selangor dan Kuching masing-masing merekodkan bacaan 153, diikuti Seri Manjung (152) serta Temerloh (151).

Indera Mahkota, Kuantan pula mencatatkan bacaan 144, diikuti Seberang Perai (123) dan Samarahan (106).

Kesemua kawasan berkenaan merekodkan bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini