Ekonomi Malaysia berkembang hingga 5.3 peratus pada separuh pertama 2026 - Utusan Malaysia

Ekonomi Malaysia berkembang hingga 5.3 peratus pada separuh pertama 2026

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRAJEKTORI ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar mencatat 5.7 peratus bagi tempoh enam bulan pertama 2026, sebelum diunjur berkembang 4.7 peratus pada separuh kedua tahun ini.

Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, pertumbuhan ekonomi terus disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, terutama dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta.

“Pasaran buruh juga dijangka kekal utuh, didorong pertumbuhan guna tenaga yang stabil, manakala pertumbuhan pendapatan yang stabil hasil pengembangan ekonomi berterusan dan inflasi sederhana dijangka terus menyokong penggunaan swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, aktiviti pelaburan diunjur terus berkembang disokong pembangunan berfasa projek pelaburan yang diluluskan serta pelaksanaan pelan induk nasional dan inisiatif strategik merentas sektor awam dan swasta.

“Keadaan itu menyediakan asas kukuh untuk merancakkan aktiviti ekonomi, manakala sektor luaran pula berada pada kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada kepesatan kemajuan teknologi seperti ditunjukkan oleh pertumbuhan eksport meskipun ketidaktentuan global masih berterusan,” katanya.

Pada peringkat sektoral, kebanyakan sektor ekonomi dijangka berkembang dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi keseluruhan.

“Sektor perkhidmatan dijangka menerima manfaat daripada Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) melalui peningkatan kemasukan pelawat yang disokong pelbagai aktiviti berkaitan pelancongan serta penerimagunaan teknologi digital yang berterusan.

“Dalam sektor pembuatan pula, industri elektrik dan elektronik (E&E) dijangka terus meraih manfaat daripada kitaran menaik semikonduktor global yang berterusan, didorong permintaan kukuh bagi produk berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan,” katanya.

Tinjauan itu menyatakan ekonomi yang dinamik di samping penggunaan domestik yang stabil akan terus menerajui kestabilan ekonomi Malaysia dan mengekalkan momentum pertumbuhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini