Sektor pembinaan dijangka berkembang 6.4 peratus pada 2026 - Utusan Malaysia

Sektor pembinaan dijangka berkembang 6.4 peratus pada 2026

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKTOR pembinaan diunjur meningkat 6.4 peratus pada 2026 dengan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus pada separuh kedua tahun ini, didorong pelaksanaan berterusan projek sektor swasta dan awam.

Menurut Tinjauan Ekonomi 2027, subsektor aktiviti pembinaan khas dan subsektor bangunan bukan kediaman kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

“Pembinaan pusat data dan kemudahan perindustrian baharu serta projek sedang dalam pelaksanaan akan terus menyokong permintaan terhadap kerja pembinaan dan pemasangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Subsektor kejuruteraan awam turut dijangka terus berkembang disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur pengangkutan, tenaga dan air seperti LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, Solar Terapung Hidro Hibrid (HHFS), pembangunan Terminal Regasifikasi Gas 3 (RGT-3) dan kerja infrastruktur berkaitan PFLNG3.

“Selain itu, subsektor bangunan kediaman diunjur mencatat pertumbuhan didorong oleh pelaksanaan berterusan projek perumahan termasuk projek perumahan mampu milik oleh pemaju sektor awam dan swasta,” katanya.

Mengulas mengenai pretasi pada separuh pertama, jelasnya, sektor pembinaan berkembang sebanyak 7.1 peratus disokong prestasi positif dalam semua subsektor, terutama dipacu subsektor aktiviti pembinaan khas dan bangunan bukan kediaman.

“Pertumbuhan subsektor aktiviti pembinaan khas didorong oleh pelaksanaan projek Solar Skala Besar 5 (LSS5) di Kuala Muda, Kedah, kerja penambakan tanah bagi fasa awal pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey dan projek Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP) sepanjang koridor Sungai Perak.

“Sementara itu, pertumbuhan subsektor bangunan bukan kediaman dipacu oleh aktiviti pembinaan pusat data yang pesat di Johor dan Lembah Klang serta pembangunan infrastruktur utama loji penapisan bio di Pengerang, Johor.

“Subsektor bangunan kediaman pula berkembang stabil didorong oleh pembangunan berterusan projek perumahan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

“Selain itu, subsektor kejuruteraan awam turut berkembang disokong oleh pembinaan projek fasiliti PETRONAS Floating Liquefied Natural Gas 3 (PFLNG3) di Sabah serta projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini