Lokasi nahas trak FRU kerap berlaku kemalangan maut

Lokasi nahas trak FRU kerap berlaku kemalangan maut

ABDUL Halim Md Jelani menunjukkan lokasi kerap kemalangan di Jalan Attaduri ke Teluk Intan, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Penduduk Kampung Atta Duri, Langkap di sini menyifatkan laluan utama dari kampung itu ke Teluk Intan sebagai ‘laluan maut’ kerana kerap berlaku kemalangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lokasi itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada 13 Mei 2025 yang mengorbankan sembilan anggota itu gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

Dalam kejadian terbaharu, dua penduduk Kampung Atta Duri masing-masing berusia 18 dan 63 tahun maut, apabila motosikal mereka bertembung di lokasi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Atta Duri, Abdul Halim Md Jelani berkata, lokasi kerap kemalangan itu tidak dipasang lampu dan sangat gelap pada waktu malam.

Menurutnya, jalan tersebut digunakan penduduk untuk berulang alik ke masjid, keluar bekerja serta bersekolah dan masalah itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

“Kami memohon dipasang lampu jalan dan papan tanda amaran had kelajuan kerana di sini sering berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut.

“Kami banyak menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kende­raan yang dipandu laju di kawasan ini terutama pada waktu malam dan ini boleh mengundang bahaya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berharap permohonan tersebut dapat disegerakan bagi mengelakkan berulang kemalangan maut seperti yang berlaku baru-baru melibatkan re­maja bertembung dengan motorsikal lain berpunca ke­­a­da­an jalan yang gelap.

Katanya, kawasan lokasi kemalangan itu menjadi tum­puan penduduk kerana terdapat masjid, tadika dan sekolah.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini